Saturday, March 17, 2012

MSD Briefing - 1 March 2012
















Dr Jumiati Ismail, Pengarah MSDA, Haji Zaharuddin bin Shamsuddin dan Haji Ahmad Sabri Mohamad, Attache Pendidikan MSDA serta Haji Rudie Yaakub, Pembantu Warden Dewan Malaysia Melbourne (DMM) hadir pada majlis ‘MSD Briefing 2012’ yang telah dijalankan pada 1 Mac 2012 di DMM. Turut hadir adalah semua warga residen DMM. Antara aturcara yang diadakan ialah membuat ‘status update’ mengenai pengurusan dan undang-undang MSD kepada para pelajar Malaysia yang menetap di DMM khususnya dan Victoria amnya. Majlis membaca Yassin dan doa selamat diadakan dan disusuli makanan dan minuman disajikan untuk semua pelajar.





Majlis perlantikan ahli jawatankuasa baru MHRC bagi tahun 2012 - 23 February 2012



Muhammad Za'im Mohamad Yusoff telah dilantik sebagai Presiden MHRC bagi tahun 2012 dengan dibantu oleh Faisal Fuad dan Alia Kamalia sebagai Naib Presiden. Majlis berlangsung di Dewan Malaysia Melbourne (DMM) dan dihadiri oleh semua warga residen dewan bagi proses mengundi calon-calon untuk menjadi ahli jawatankuasa DMM. Pembantu warden DMM, Haji Rudie Yaakob turut hadir pada majlis itu yang berlangsung selama kira-kira 2 jam beserta dengan majlis suai kenal sejurus selepas itu.






















Downloads